Secangkir Madah...

Salam anggun semua..

Selamat berkunjung ke blog personal saya ni..blog ini sekadar pelengkap kepada website nurulbeauty.com. Blog ini hanya sekadar memaparkan idea dan pengalaman sepanjang bergelar pengedar dan menjadi pengguna setia produk herbaprima marketing. Untuk info tentang produk jemput ke nurulbeauty.com.

Saya amat mengalu2kan ahli2 baru yang ingin memulakan bisne online ni. Nurulbeauty menawarkan website percuma bagi anda yang berminat aktif secara online. Fikir2 kan, hanya kita sendiri yang mampu mengubah hidup kita... 019-9864191

Sep 2, 2009

MURAHNYA REZEKI RAMADHAN...

6.10pm baru sampai kat rumah.fuuhh letih mmg tak terkira la tapi hati tetap seronok dan berjaya menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya tanpa masalah. Sejak2 bulan Ramadhan ni terasa sgt rezeki masuk melimpah ruah,mmg betul la kan bulan Ramadhan ni bulan penuh berkat, janji rajin usaha je, siang malam tak kira lah,nak senang tak perlu keluar rumah pun,ngadap komputer 1 atau 2 jam sehari pun dah mencukupi tau. Yang penting hubungan kita dengan Allah kena jaga,solat jangan lalai,doa jangan jemu..Tuhan suka mendengar hamba2nya yang suka meminta dan merayu padaNya,tapi dengan syarat la,kena usaha jugak!!!Ada ms free jemputlah singgah di www.nurulbeauty.com..Telaga Duit Ada di Sana...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tips Murah Rezeki
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya pernah terima email yang di'forward' kan pada saya tentang petua murah rezeki yang dikirim oleh Dato' Dr Mohd Fadillah Kamsah (pakar motivasi yang semua orang kenal, saya rasa..)

Antara amalan yang beliau amat2 sarankan.. Setiap pagi selepas solat Subuh, baca al Fatihah dan niat sedekahkan al Fatihah tersebut kepada kedua2 ibu bapa kita sama ada mereka masih hidup atau sudah tiada.. Cuba amalkan petua ini dan cuba lihat perubahan yang akan berlaku selepas itu. Rezeki dan keberkatan pasti akan bertambah mencurah2.

Ingat, rezeki yang berkat bukan sekadar wang ringgit yang menimbun sahaja,banyak lagi cara lain untuk kita menikmati keberkatan hidup. Umur yang berkat, keluarga dan anak2 yang sihat dan sejahtera, kehidupan yang aman, dan paling penting ketenangan jiwa yang tidak mampu kita beli dengan wang ringgit.

Selamat beramal..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Banyakkan Doa Sepanjang Ramadhan.. 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tadi baru je cerita pasal rezeki..teringat pulak nak tambah sikit. Ramadhan bulan penuh keberkatan. Kita dah hampir masuk ke separuh kedua bulan nulia ini,bulan Maghfirah dan keampunan.. Jangan lokeklah nak ambik masa 5minit setiap kali lepas solat,angkat tangan mohon lah keampunan dari Allah..Seunnguhnya Allah maha besar keampunanNya, walau dosa hambanya sebanyak buih dilautan selagi kita tidak syirik padaNya..ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM...

Malam2 terakhir Ramadhan ni banyak2kan doa mohon dipertemukan MALAM LAILATUL QADAR, malam yg lebih baik dari seribu bulan.Kita hidup ni pun belum tentu lg cukup seribu tahun kan..alangkah bertuahnya kalau dapat bertemu dengan malam yang mulia itu. Ya Allah golongkanlah aku antara insan2 terpilih utk menemui Lailatul Qadar..Amiinnn...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Rezeki Ramadhan lagi...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam 25 Ramadhan..
Alhamdulillah masih bernafas utk meneruskan bulan Ramadhan yang dah hampir sampai ke penghujung ni..Teruskan ibadah pada bulan yang mulia ni dengan penuh kesyukuran kerana Allah dan menjanjikan jutaan ganjaran bagi hamba2nya yang bersabar dan istiqamah dalam ibadah..


Pagi ni mmg cukup2 bermakna, terasa bagai satu pertolongan yang amat besar telah diturunkan Tuhan kpd hambanya yang ckp kerdil ini. Mudah2an ilmu yang kuperolehi awal2 pagi selasa ni akan terus diberkati hingga akhir hayat.. Ada ilmu jangan sekali2 lokek nak kongsi dengan orang lain. Renung2 kan, ilmu yang kt ada takkan rugi sikit pun kalau kt share dengan orang lain, makin bertambah mungkin..


Kembali pada cerita Ramadhan... Hari2 terakhir Ramadhan ni rasa tersentuh sangat kan? Adakah kt terpilih utk menemui malam Lailatul Qadar- malam yg lbh baik dari seribu bulan.. Satu malam kita beramal menyamai seribu bulan..Seumur hidup pun tak ter'cover' dah kan kalau terlepas..
"Ya Allah, jadikan aku antara orang yang terpilih utk menikmati Lailatul Qadar..Amiinn".


Dalam beribadat kena ingat jugak dunia yang sdg kita lalui setiap hari ni. Selagi bernyawa banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Cari rezeki yang halal dan berkat utk keluarga dan anak2. Hanya rezeki yang halal dan berkat sahaja yang akan menjamin doa kita terkabul. Sebelum menadah tangan memohon sesuatu dari Nya, renungkan dulu dari mana sumber rezeki yang kt dapat setiap hari? Bahagian orang lain sdh kah kt tunaikan?Zakat..dalam rezeki yang kt dapat tu ada hak orang lain jgk sebenarnya..Sesungguhnya sedekah dan zakat sedikitpun tidak akan mengurangkan harta kita bahkan dapat melipatganda kan lagi rezeki yang ada..


Teruskan beramal dan bersedekah sebelum Ramadhan berlalu..