Secangkir Madah...

Salam anggun semua..

Selamat berkunjung ke blog personal saya ni..blog ini sekadar pelengkap kepada website nurulbeauty.com. Blog ini hanya sekadar memaparkan idea dan pengalaman sepanjang bergelar pengedar dan menjadi pengguna setia produk herbaprima marketing. Untuk info tentang produk jemput ke nurulbeauty.com.

Saya amat mengalu2kan ahli2 baru yang ingin memulakan bisne online ni. Nurulbeauty menawarkan website percuma bagi anda yang berminat aktif secara online. Fikir2 kan, hanya kita sendiri yang mampu mengubah hidup kita... 019-9864191

Feb 15, 2010

Azam Tahun Baru..

Salam...
Lama nya tak menjengah dan mencoret disini. Sesekali rindu pilak nak menulis bila dah bukak blog ni. Banyak cerita dan peristiwa baru sebenarnya berlaku sempena tahun baru ni tapi tak sempat nak post2 kat sini.

Cerita pasal azam dulu lah. Biarpun dah terlewat post kat sini, tp azam ni dah tersemat lama dihati sebenarnya, masa sambut 2010 dulu jugak la. Apa azam anda semua? Yang tahun lps dah tercapai ke agak2nya? Gitu la kan, tak tercapai 100% takpe jgn tak cuba langsung untuk capai azam tu sudah..

2010.. Bermula dengan penuh azam dan semangat. Mana tak nya kan, umur dah meningkat lagi..takkan nak berada di takuk lama jugak.. Azam saya tahun ni satu je..nak selesaikan semua masalah yang membelenggu diri sejak hidup berpuluh2 ni..macam2..tak kira lah masalah apa pun, kewangan ke, keluarga ke, peribadi ke.. janji semua yang bernama masalah tu akan cuba diselesaikan satu persatu, Insya Allah..

Pasal bisnes..tahun 2009, semua berjalan lancar. 2010, azam berkobar2 untuk meningkat prestasi perniagaan yang sdh diceburi hampir 2 tahun..Anda berminat nak berkongsi? saya amat2 mengalu2kan dan sedia berkongsi apa saje dgn anda asalkan anda seorang yang berkeinginan untuk mencuba dan berubah...

Oct 11, 2009

Ajaibnya dR2.. Kulit anda bagaimana??




Anda rasa anda perlukan suntikan Vitamin C atau Collagen? Lupaka semua itu walaupun anda mempunyai masalah kulit yang amat merisaukan..


*jerawat
*jeragat
*parut dan garis2 halus
*penyakit eczema
*Poriasis
*SLE
*dan anda senaraikan apa juga jenis penyakit kulit yang anda alami..


******************
Apa itu dR2??
******************

Produk formulasi Doktor Che Rozmey yang telah terbukti berkesan menyeleaikan masalah kulit yang menjadi igauan ngeri banyak orang.
Untuk melihat kandungan dR2 klik disini. 


Saya sendiri telah mencuba dR2 selama beberapa minggu dan telah dapat merasai kesan yang amat ketara pada masalah kulit yang saya alami sejak berusia belasan tahun lagi. Masalah jerawat, jeragat, parut, resdung dan kesan tompokan akibat penggunaan produk penjagaan kulit mengandungi hidroquinon telah semakin pudar dan menipis berbanding sebelum ini.


Di bawah ini saya paparkan testimoni terkini dari Buletin HPM untuk dikongsikan dengan anda semua..

*******************************
KISAH SAYA DI BULETIN HPM
*******************************

JITRA, 19 Okt (HPM) -- Mengalami masalah resdung dan jerawat merupakan masalah biasa yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang tidak menjaga permakanannya. Malah ia boleh menjadi serius dan berlarutan sekiranya tidak dijaga dan dirawat dengan betul.
Bagi seorang guru di Kuantan, Pahang Nurussoabah Ismail, 38, masalah resdung dan jerawat yang dialami beliau sejak remaja menyebabkan beliau menggunakan pelbagai produk dan ada diantaranya memudaratkan beliau sendiri.
“Saya pernah menggunakan produk kecantikan yang mengandungi hidroquinon yang popular sekitar 2002 sehingga terjadi pengelupasan kulit muka saya yang serius.
“Malah ia juga buat muka jadi tompok-tompok hitam terutamanya kawasan sekitar hidung dan mulut…ia hanya bertindak memutihkan kulit saya tapi bukan merawat kulit saya,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Nurul.
Menurutnya beliau juga mempunyai lingkaran gelap bawah mata sejak zaman persekolahan lagi serta pigmentasi kerana aktif dalam bersukan dan kerana itu wajah beliau nampak kusam dan tidak berseri berbanding rakan-rakan sebayanya yang lain.
“Selepas mencuba pelbagai produk dengan kesan yang hanya sementara akhirnya saya memilih untuk menggunakan DR II dengan rawatan dari dalam pada April lalu.
“Selepas lapan minggu guna DRII kulit wajah saya semakin cerah, kesan pigmentasi dan parut jerawat juga semakin pudar termasuklah lingkaran gelap di bawah mata,” kata Nurul yang semakin aktif menjadi pengedar di sekitar Kuantan.
Nurul berkata hasil dari menjadi pengedar produk HPM, beliau berjaya memperolehi pendapatan hampir lima angka setiap bulan.
Malah beliau juga ingin berkongsi rahsia beliau sebagai testimoni dan pengedar kepada semua pembaca di luar sana iaitu dengan menghubungi beliau di nombor 019-9864191 atau layari laman web www.nurulbeauty.com


 *************************************************
KISAH ADREENA..ECZEMA (ANAK BUAHKU..)
*************************************************
Jitra, 7 Sept (HPM) -- Akibat lelah dan eczema, seorang kanak-kanak terpaksa menderita hampir tujuh tahun kerana tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
Pada usia itu, rakannya boleh bermain dan berlari ke sana sini, namun dia pula terpaksa terperuk di rumah kerana penyakitnya.
Sejak berumur setahun adik Nur Adreena Alia Azmady, 8, tidak boleh terkena panas dan berpeluh.
Menurut ibu Nur Adreena, Nur Hidayah Ismail, 33, dari Shah Alam, Selangor, muka dan lehernya selalu merah-merah dan gatal akibat alahan.
“Dulu kalau kena panas dan berpeluh ja mesti naik merah di pipi dan leher Adreena, saya kena sapu ubat dan bagi dia makan ubat setiap hari.
Kesian saya tengok dia selalu menangis bila gatal-gatal dan berpeluh, kata Nur Hidayah yang juga merupakan pengedar produk Herba Prima Markerting (HPM).
Katanya apabila menjadi pengedar pada awal tahun ini, dia terlintas untuk mencuba Dr II kepada Adreena.
Setiap hari dia akan memberikan setengah bungkus DR II kepada anaknya.
“Dengan izin Allah, dalam tempoh dua minggu mengambil produk itu, penyakit eczema anak saya semakin pulih dari sehari ke sehari.
“Saya tak perlu lagi berulang alik ke klinik untuk mengambil ubat, penyakit asmanya juga semakin jarang berlaku,” kata Nur Hidayah dengan penuh rasa syukur.


*******************
TESTIMONI SLE

*******************
JITRA, 9 Sept (HPM) – Dikenali sebagai ‘puteri lilin’ kerana tidak pernah keluar rumah di waktu siang, Rozana Sariah Abdul Rahman, 28, terpaksa menanggung penderitaan di sebalik nama puteri lilin itu dengan penuh kecekalan di hati.
Menghidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ), bayangkan kulitnya akan sakit dan kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari, seperti terbakar dan amat pedih. Sudah tentu tidak akan ada sesiapa pun yang mahu mengalami penyakit itu.
Namun bagi Rozana seorang kakitangan awam, dengan kehidupan yang begitu terbatas, dia pula terpaksa menerima ejekan rakan-rakan sekerja dengan keadaan dirinya yang selalu sakit.
“Saya selalu cuti dan masuk wad kerana sakit…hampir tiap-tiap bulan saya akan masuk wad kerana penyakit ini.Saya betul-betul tertekan.

“Saya pula terpaksa ambil steroid untuk redakan sakit kulit saya, akibatnya kulit saya jadi nipis dan putih bertompok-tompok…memang nampak hodoh sehingga saya hilang keyakinan diri berdepan dengan orang ramai,” katanya yang menghidap penyakit ini sejak lima tahun lalu.
Penyakit SLE itu juga menyebabkan dia mengalami radang sendi. Setiap pagi apabila sejuk sendinya akan sakit sehingga menyebabkan dia tidak mampu bergerak.

“Selalunya bila bangun pagi sendi saya akan sakit terutamanya di bahagian kaki…paling sakit apabila hujan turun, masa itu saya akan sejuk dan kaki saya mesti tak boleh gerak.
“Dah puas saya berubat, jumpa doktor pakar, guna pelbagai produk di pasaran termasuklah perubatan tradisional..hasilnya saya cuma mampu bertahan dengan ubat itu tapi ia tidak merawat penyakit saya untuk pulih,” kata Rozana dengan hampa selepas berhabis ribuan ringgit kerana penyakitnya itu.
Namun setelah menggunakan DR II Januari lalu dia mula merasakan perbezaan selepas dua minggu minum jus berkenaan.


*************************

PENAWAR PSORIASIS
*************************

JITRA, 15 Sept (HPM) – Seorang guru terpaksa berhabis berpuluh-puluh ribu ringgit selepas disahkan menghidap psoriasis sejak 11 tahun lalu.
Sarina Ahmad, 37, yang mengajar di sebuah sekolah di sini berkata penyakit itu mula terjadi di kulit kepalanya pada 1998.

“Saya ingatkan kelemumur sebab kulit kepala saya gatal-gatal sangat,rambut pula gugur dengan banyak dan apabila berjumpa doctor, rupa-rupanya saya mengidap psoriasis.
“Bermula dari tahun itulah saya pergi mendapatkan rawatan di setiap klinik, hospital dan berjumpa doktor pakar…ubat yang dicadangkan dan diberikan semua saya cuba guna.Ada setengah tu langsung tak sesuai hingga menyebabkan kulit saya jadi kemerah-merahan.
Katanya apabila tidak sesuai maka beliau akan menghentikan penggunaan produk itu walaupun dibeli dengan harga ratusan ringgit.
Bercerita lanjut, bagi ubat yang sesuai pula, ia hanya boleh menghilangkan rasa gatal dan mengurangkan sakit di bahagian itu saja. Tidak lama kemudian ia akan merebak ke bahagian badan yang lain pula.

Namun berkat kesabarannya, pada April lalu seorang rakanya yang juga pengedar produk HPM dan guru di sekolah itu, Sabariah Yusoff memperkenalkan DR II kepada beliau.
“Saya pun beli sekotak sebagai percubaan, mula-mula minum kulit muka saya mengelupas…saya takut juga hingga berjumpa Dr. Rozmey namun beliau nasihatkan saya terus guna DRII.

“Saya pun terus minum sehingga sekarang, hasilnya kulit saya semakin baik dan tidak gatal lagi terutamnya di bahagian tangan saya.Semuanya pulih seperti sedia kala Cuma tinggal parut saja lagi,” tambah Sarina.
Menurutnya beliau akan terus menggunakan DR II kerana kulit wajahnya juga semakin cerah dan lembab sehingga rakan-rakannya di sekolah mula menegur perubahan itu

Katanya dia mula boleh keluar rumah pada waktu siang dan tidak perlu bergantung kepada steroid lagi.Kulitnya juga semakin sekata dan dan rakan-rakan sekerjanya mula hairan dengan perubahan itu.
“Terima kasih Dr.Rozmey kerana mencipta DR II dan seterusnya memberi sinar baru kepada saya untuk menjalani hidup normal seperti orang lain.




Oct 8, 2009

Cara Diet yang berkesan...

Salam malam Jumaat.. Mudah2an idea yang tercurah malam ini akan membawa berkat..


Cerita diet memang tak pernah habis sampai bila2 pun kan. Lain orang lain lah caranya, lain badan lain pulak cara penurunan berat badannya..


Tak kira lah berapa sekali pun berat anda, jangan sesekali amalkan diet yo yo atau dengan kata lainnya diet yang terlalu 'mengejut', obsessed sangat la kan nak kurus konon sampai tak sentuh makanan langsung, just bergantung pada air kosong dan sup sayur je. Mmg tu diet yang baik tapi berapa lama anda mampu mendisiplin kan diri dengan cara itu unless anda mmg seorang yang betul2 kuat iman!!


Saya bercakap berdasarkan apa yang saya dengar dari rakan sekeliling je, tak termasuk lagi orang lain diluar sana pun. Ramai yang diet 'gila2' lah sepanjang puasa hari tu. Ada yang sentuh nasi seminggu sekali je, masa lain tenaganya dari jusmate je, mmg lah cukup tenaga sbb semua maklum jusmate mmg membekalkan tenaga. Maka 'berseronoklah' tatkala dengar takbir Syawal tu sbb boleh pakai baju cantik sikit dari sebelumnya. Mana tak nya kalau dah ambik nasi 5 kali je dalam sebulan tu mmg la boleh turun sampai 10kg, tapi apa cerita pulak masa raya tu???


Jeng jeng jeng...dengan satu slogan yang dah biasa sangat kita dengar, 'raya sakan' lah sebab rasa body dah lawa kan, pengambilan jusmate stop dulu seminggu takut rugi sebab banyak sangat open house!!!Dengan harapan naik la kot sekilo lepas raya ni...


Ermmm.. seminggu lepas raya baru nak mula balik minum jusmate, timbang dulu lah baru best kan!! mak datuk..dulu dah turun dkt 10kg lepas raya je yang diharap naik 1kg je rupanya naik sampai 6kg!!! mana tidaknya, jangan sesekali salahkan jusmate sebab cara anda diet tu mmg tak betul!!!


Cara diet paling baik..
~~~~~~~~~~~~~~~~

jangan sesekali tinggalkan makanan tetapi ambil secara sederhana dan berpada2. Jangan tinggalkan makanan asas seperti nasi sampai sebulan kalau anda mmg 'peminat'nya sebab ini akan menyebabkan anda seperti kempunan bila sesekali anda mengambilnya. Ambil makanan berat selang sehari atau 3hari sekali bagi mencukupkan keperluan nutrien dalam badan kita. Makanan berat tu tak semestinya nasi je tau, boleh tukar dengan mihun sup atau soto.

Ini pengalaman sahabat saya yang juga customer saya sendiri yang sebelum mengenali jusmate mmg 'anti' produk penurunan berat badan sebab katanya semua menipu dan memberi kean sampingan (beliau pernah pengsan akibat pil diet). Alhamdulillah kini beliau dah mampu tersenyum, walaupun proses penurunannya amat perlahan pada awal penggunaannya (hanya setengah kg sebulan!!), tetapi setelah mengambil jusmate secara berterusan selama 9bulan beliau dah berjaya mengurangkan 25kg!!  (sedihnya, dia malu nak jadi testimoni!!)


      =====================

         Bakar kalori = kurangkan berat badan
      =====================

  • kalau drive ke pejabat tu, park kereta jauh2, jangan cari yang tepi pintu ofis jer..
  •  Pilih 'anak tangga' berbanding 'lift' atau 'escalator'.
  • Hujung minggu ambil masa at least satu jam berkebun atau bersiar2 di taman. Nampak macam enjoy je kan tapi mampu membakar kalori tuu..
  • Buat kerja seharian dirumah seperti mengemas dan mencuci juga mampu membakar kalori.. (sian pulak kan, nanti maid kita nak buat apa!!) Tak apa biar maid buat keje rumah, kita gi 'window shopping' je,.bakar lagi banyak kalori tu..
  • Yang last ni, mmg khas untuk kaum hawa macam saya lah..jaga baby!! memang la letih tapi banyak kalori 'hangus' tu..so, redha je lah..kalau kita tak jaga, maid kita pun takleh buat keje jgk sebab tu kena redha!!

Selamat mencuba..semoga anda mampu mendapat berat idaman anda tanpa sebarang tekanan pun.. 

Selamat menghabiskan surah 'al kahfi'  yang mempunyai berbagai fadhilat pada malam jumaat yang penuh berkat ini. Kalau tak cukup masa pun pasang lah mp3 ke at least blh dengar..

Oct 5, 2009

Kisah terkini dari HPM

Di ruangan ini saya paparkan beberapa kisah terbaru dari HPM untuk tatapan dan panduan pengunjung2 disini.. Berminat mengetahui kisah sebenar mereka, anda blh hubungi mereka untuk berkongsi pengalaman. Berminat membeli, hubungi saya ye,019-9864191..jgn lupa tu...


================================

Jerawat Batu Hilang Dengan DR2
================================


JITRA, 25 Sept (HPM) - Setelah berhabis beribu-ribu ringgit untuk rawatan jerawat batu , seorang pegawai perhubungan pelanggan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur akhirnya menemui penawar bagi membantu mengatasi masalah itu.
Wan Mohd Norzabidi Wan Mohamed Noor, 28, berkata masalah jerawat batu yang dihadapinya sejak zaman remaja membuatkan beliau mengguna pelbagai cara dan ubat untuk menghilangkan jerawat batu tersebut.
Katanya setiap dua minggu beliau akan pergi membuat rawatan muka namun hasilnya sangat mengecewakan.

"Mereka hanya pecahkan jerawat batu dan ia akan hilang dua atau tiga hari saja, selepas itu jerawat itu akan timbul semula memenuhi muka saya.
"Saya jadi putus asa mengikuti rawatan seperti itu, jika berjumpa pakar kulit pula bermacam-macam ubat yang disyorkan saya akan beli tapi hasilnya tetap sama," katanya.
Selepas kecewa dan berhabis duit, beliau mencuba pula DR II pada Julai lalu, sangkanya DR II juga hanya akan memberi kesan seperti rawatan dan produk yang digunakan sebelum itu.

Namun sangkaan itu meleset, katanya selepas dua minggu menggunakan DR II, jerawat batu di mukanya semakin hilang.
"Pada minggu ke empat jerawat batu di muka saya terus hilang,jadi saya mengambil keputusan berhenti menggunakan DR II untuk menguji samada jerawat akan timbul semula atau sebaliknya.

"Ternyata ia sangat berkesan untuk jangka masa panjang, kulit muka saya juga bertambah cerah dan halus.buah hati saya juga perasan dengan perubahan itu," kata beliau.
Bagi yang ingin berkongsi pengalaman dengan Wan Mohd Norzabidi, beliau boleh dihubungi di nombor 013-9784811





===================================

11 Tahun Mencari Penawar Psiriosis
===================================



JITRA, 15 Sept (HPM) - Seorang guru terpaksa berhabis berpuluh-puluh ribu ringgit selepas disahkan menghidap psoriasis sejak 11 tahun lalu.
Sarina Ahmad, 37, yang mengajar di sebuah sekolah di sini berkata penyakit itu mula terjadi di kulit kepalanya pada 1998.

"Saya ingatkan kelemumur sebab kulit kepala saya gatal-gatal sangat,rambut pula gugur dengan banyak dan apabila berjumpa doctor, rupa-rupanya saya mengidap psoriasis.
"Bermula dari tahun itulah saya pergi mendapatkan rawatan di setiap klinik, hospital dan berjumpa doktor pakar.ubat yang dicadangkan dan diberikan semua saya cuba guna.Ada setengah tu langsung tak sesuai hingga menyebabkan kulit saya jadi kemerah-merahan.
Katanya apabila tidak sesuai maka beliau akan menghentikan penggunaan produk itu walaupun dibeli dengan harga ratusan ringgit.
Bercerita lanjut, bagi ubat yang sesuai pula, ia hanya boleh menghilangkan rasa gatal dan mengurangkan sakit di bahagian itu saja. Tidak lama kemudian ia akan merebak ke bahagian badan yang lain pula.

Namun berkat kesabarannya, pada April lalu seorang rakanya yang juga pengedar produk HPM dan guru di sekolah itu, Sabariah Yusoff memperkenalkan DR II kepada beliau.
"Saya pun beli sekotak sebagai percubaan, mula-mula minum kulit muka saya mengelupas.saya takut juga hingga berjumpa Dr. Rozmey namun beliau nasihatkan saya terus guna DRII.

"Saya pun terus minum sehingga sekarang, hasilnya kulit saya semakin baik dan tidak gatal lagi terutamnya di bahagian tangan saya.Semuanya pulih seperti sedia kala Cuma tinggal parut saja lagi," tambah Sarina.
Menurutnya beliau akan terus menggunakan DR II kerana kulit wajahnya juga semakin cerah dan lembab sehingga rakan-rakannya di sekolah mula menegur perubahan itu.
Bagi mereka yang ingin berkongsi pengalaman dengan Sarina, beliau boleh dihubungi di nombor 013-4570997.






==================================

TESTIMONI: PENOREH GETAH DITAJA JDM5
=========================================

KUALA LUMPUR, 2 September (HPM) - Kegigihan seorang penoreh getah untuk menurunkan berat badannya sekali lagi mendapat perhatian Pengarah Urusan Herba Prima Markerting Sdn.Bhd (HPM) Dr Che Rozmey Che Din untuk menaja Jus Mate 5.

Anuar Yusuf , 26, dari Melaka semasa sesi bertukar -tukar pengalaman dengan pengedar dan pengguna produk HPM di seminar pada hari Sabtu lalu di International Kuala Lumpur Hotel berkata berat badannya mula naik mendadak selepas berkahwin sehingga mencecah 160 kilogram (kg).

"Lepas kahwin ja orang mula tegur berat badan saya naik terlampau.bila orang tegur saya pun ikut la kawan jogging kat Bukit Jalil setiap petang tapi apabila timbang berat badan tak turun-turun juga.

"Saya hampir putus asa bila berat badan tak turun, sampai lah saya terbaca di akhbar mengenai adik giant dan Suzana yang berjaya menurunkan berat badan selepas mengambi l JDM5," katanya

. Anuar yang terbaca kisah itu di akhbar Harian Metro terus menggunakan JDM5 dan selepas dua mingggu minum jus tersebut dia mula rasa perbezaannya. "Tali pinggang saya dah kurang lima lubang dari dua lubang sebelum tu, yang paling mengejutkan saya bila saya sembahyang saya boleh duduk semasa tahyat..selalunya saya akan rasa sakit kerana punggung saya tak boleh kena tumit, tapi sekarang dah boleh.

"Mula-mula saya boleh buat macam tu, tak khusyuk juga la sembahyang namun saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana mengizinkan saya duduk tayhat akhir dengan sempurna," tambah Anuar lagi. Perubahan itu membuatkan Anuar bertambah yakin untuk menurunkan berat badannya kepada 70 kg dalam beberapa minggu lagi.

Dr Che Rozmey yang 'terpikat' dengan semangat ditonjolkan Anuar di seminar itu terus mengumumkan bersedia menaja JDM5 kepadanya sehingga dia berjaya menurunkan berat badan ke tahap ideal. Bagi yang ingin berkongsi kesungguhan Anuar ini, dia boleh dihubungi di nombor 017-2592831.


========================================
TESTIMONI: PESAKIT SLE TIDAK LAGI BERGANTUNG DENGAN STEROID SELEPAS GUNA DR II
========================================
JITRA, 8 Sept (HPM) - Dikenali sebagai 'puteri lilin' kerana tidak pernah keluar rumah di waktu siang, Rozana Sariah Abdul Rahman, 28, terpaksa menanggung penderitaan di sebalik nama puteri lilin itu dengan penuh kecekalan di hati.
Menghidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ), bayangkan kulitnya akan sakit dan kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari, seperti terbakar  dan amat pedih. Sudah tentu tidak akan ada sesiapa pun yang mahu mengalami penyakit itu.
Namun bagi Rozana seorang kakitangan awam, dengan kehidupan yang begitu terbatas, dia pula terpaksa menerima ejekan rakan-rakan sekerja dengan  keadaan dirinya yang selalu sakit.
"Saya selalu cuti dan masuk wad kerana sakit.hampir tiap-tiap bulan saya akan masuk wad kerana penyakit ini.Saya betul-betul tertekan.
"Saya pula terpaksa ambil steroid untuk redakan sakit kulit saya, akibatnya kulit saya jadi nipis dan putih bertompok-tompok.memang nampak hodoh sehingga saya hilang keyakinan diri berdepan dengan orang ramai," katanya yang menghidap penyakit ini sejak lima tahun lalu.
Penyakit SLE itu juga menyebabkan dia mengalami radang sendi. Setiap pagi apabila sejuk sendinya akan sakit sehingga menyebabkan dia tidak mampu bergerak.
"Selalunya bila bangun pagi sendi saya akan sakit terutamanya di bahagian kaki.paling sakit apabila hujan turun, masa itu saya akan sejuk dan kaki saya mesti tak boleh gerak.
"Dah puas saya berubat, jumpa doktor pakar, guna pelbagai produk di pasaran termasuklah perubatan tradisional..hasilnya saya cuma mampu bertahan dengan ubat itu tapi ia tidak merawat penyakit saya untuk pulih," kata Rozana dengan hampa selepas berhabis ribuan ringgit kerana penyakitnya itu.
Namun setelah menggunakan DR II Januari lalu dia mula merasakan perbezaan selepas dua minggu minum jus berkenaan.
Katanya dia mula boleh keluar rumah pada waktu siang dan tidak perlu bergantung kepada steroid lagi.Kulitnya juga semakin sekata dan dan rakan-rakan sekerjanya mula hairan dengan perubahan itu.
"Terima kasih Dr.Rozmey kerana mencipta DR II dan seterusnya memberi sinar baru kepada saya untuk menjalani hidup normal seperti orang lain.
"Saya mahu berkongsi pengalaman ini dengan sesiapa sahaja dan bagi mereka yang mengalami penyakit ini, mereka mesti tahu bahawa masih ada peluang untuk mereka pulih seperti saya.Jadi hubungilah saya di nombor 019-5790981 untuk keterangan lanjut," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan HPM Dr. Che Rozmey Che Din berkata penggunaan DR II telah menyebabkan penyakit SLE yang dialami Rozana terkawal.
"DR II telah memberi kesan positif kepadanya.Sistem badan , kulit, buah pinggang dan system pembiakan ternyata terkawal hasil  pemeriksaan berskala dan rawatan moden tanpa dia merasa kesan sampingan steroid. Ini menunjukkan bahan-bahan antioksida dalam DR II berfungsi secara aktif di organ kulit dan salur darah  sehingga meningkatkan daya tahan dari berlakunya keradangan," kata beliau.

#INFO
Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )

Apa itu Lupus
Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

==============================================
Testimoni: JURUTEKNIK BERTENAGA SEMULA DENGAN DR BETES
==============================================


HPM, 10 Ogos -- “Dalam masa seminggu saja saya ambil dR Betes , saya rasa lebih
bertenaga dan bersemangat serta tidak lesu lagi melakukan kerja saya..bacaan gula dalam darah
saya juga turun dari 22.9 mmol/L kepada 14.4 mmol/L.

Saya nak kongsi pengalaman menakjubkan ini bersama pembaca yang menghidap
penyakit yang sama seperti saya supaya tidak ragu-ragu mencuba dR Betes,”
itulah luahan perasaan gembira seorang juruteknik pembuatan di Composites Technology
Research Malaysia Sdn.Bhd (CTRM) di Batu Berendam, Melaka apabila dihubungi
wartawan Herba Prima Marketing Sdn.Bhd di sini hari ini.

Zainal Mamat, 38, merupakan seorang penghidap diabetes sejak enam tahun lalu
dan sering dimasukkan wad kerana penyakitnya itu.
Menurut beliau pelbagai ubat diambil untuk mengubati penyakitnya namun
semuanya sia-sia malah sebahagian ubat yang diambilnya menyebabkan beliau mengalami cirit-birit.

“Sebagai seorang penghidap diabetes , saya sedar saya berhadapan dengan bahaya setiap hari terutamanya apabila kandungan gula dalam darah menjadi terlalu tinggi, saya bakal berhadapan dengan masalah jantung yang serius.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut terdedah kepada komplikasi lain seperti serangan angin ahmar, kegagalan buah pinggang, kerosakan mata dan saraf serta luka yang boleh mengakibatkan amputasi.
Namun penderitaan selama enam tahun itu tiba-tiba dirasakan berakhir setelah seminggu mengambil produk terbaru HPM iaitu dR Betes.

Katanya tugasnya yang memerlukan tumpuan kini dapat dilakukan dengan sempurna dan paling menggembirakannya beliau tidak mengalami alahan cirit-birit dengan dR Betes.

“Bagi pembaca yang ingin berkongsi pengalaman atau mendapat keterangan lanjut, mereka boleh menghubungi saya di nombor 017-6863701, 010-2715601 atau 019-6611601,” kata beliau.

FAQ

SOALAN :
Kebanyakan pemakanan diet akan mengelakkan pengambilan ais..
knp JDM ni membolehkan pengguna menggunakan ais dalam minumannya.
kdg2 ramai jugak yg pelik..mungkin ini satu-satunya program diet yg
meng’halal’ kan ais.
Adakah JDM memberi ape2 kesan negative kpd ibu mengandung terutama di awal kandungan. bukan ape, kdng2 awal mengandung kita blum dapat detect, so kot2
la mengandung masa guna JDM ni…

Jawapan Doktor Rozmey
JM5 telah doc formulasikan utk memberi kemudahan pada penguna amalkan
seakan minum jus oren sejuk…ini adalah teknlogi luar biasa anak watan yg patut dibanggakan,.Ia pelik , tapi benar dan telah berulang kali terbukti yg paling berkesan, ajaib, mudah, murah dan selamat….tidak seperti produk lain.
JM5 mampu membantu menyuburkan wanita mandul dgn meningkatkan kematangan
meosis satu pada tahap metaphase dan serta meningkat aktviti ovari.
Ramai pengamal JM5 yg mandul sudah hamil. JM5 selamat, utk ibu dan bayi.
Namun, ibu mengandung dilarang utk diet,..kerana ini bertentangan dgn fisiologi normal perubahan mengandung, yg memastikan ibu dan anak mendapat zat secukupnya.Kenaikan berat semasa mengandung adalah utk perkembangan bayi dan saiz sel-sel ibu utk persediaan secukupnya selama tempoh mengandung dan bersalin serta proses pyusuan.


SOALAN:

Sejak pengambilan JDM5, saya mengalami sembelit & jarang ke toilet kecuali
buang air kecil dek kerna minum air dlm 3 hingga 4 liter sehari...
sebelum ni saya memng x de masalah pergi toilet.selalunya 2 kali sehari.
sebaik bangun pagi dan selepas mkn..rasa x selesa bl x pergi toilet..
saya minum byk air putih n makan byk sayur dlm breakfast

Jawapan Dr Rozmey

Dlm pengamalan JDM, penguna mula mengurangkan makan,ini menyebabkan
pergerakan usus lambat / sembelit. Bila amik jus ni kan, kita dah kurang makan,bl kurang makan, apa lagi yang nak di keluarkan,cuba fikirkan jawapan saya.Tapi
jangan risau JDM 5 mengandungi guar gum sejenis fiber yg boleh membantu merawat sembelit.
Teruskan amal makan sayur n buahan spt betik / pisang ,.dan dlm masa yg sama kurangkan makanan berkalori jenis kaborhidrat spt nasi, roti, oat atau mee,...biasanya usus anda akan mula biasa dgn corak pemakanan yg baru,..dan guar gum dlm JDM 5 membantu merawat / mempercepatkan hilang sembelit yg pn alami,..
harus faham , sembelit yg dialami disebabkan pertukaran cara / jenis makan,..bukan kerana JDM 5

SOALAN :
Dalam proses penurunan berat badan...saya turut melakukan senaman dengan
set gym dan berlari di atas treadmill. minggu keempat pengambilan jdm saya berlari atas treadmill dalam tempoh 40minit tanpa henti....bau peluh saya agak pelik ketika itu sprti bau bahan kimia. Adakah ketika itu JDM sedang menjalankan fungsinya menyingkirkan bahan kimia seperti (pil langsing dan ubatan yang pernah diambil ) sebelum ini.Untuk pengetahuan doktor ketika di zaman kanak - kanak saya banyak makan ubat untuk masalah asthma saya dan ia antara punca kenaikan berat badan saya dari kanak - kanak lagi.

Jawapan Dr Rozmey:
Badan mengeluarkan toxin dgn tiga cara
1. Najis
2. Air kencing
3. Perpeluhan
Saluran 1 memerlukan sistem hati dan usus yg sihat, manakala saluran 2
memerlukan buah pinggang yg sihat.
penyingkiran bahan lipolisis lemak, wasted metabolisma badan bermula dgn
peningkatan fungsi hati dan buah pinggang .
JDM melalui L-Carnitine, HCA meningkatkan metabolisma sel-sel lemak, dgn menghalang pembentukan lemak, gula diguna dgn optima dan tidak disimpan sebagai lemak, dan lemak dihancurkan.
HCA meningkatkan neurotransmitter Serotonin utk menghalang rasa lapar.
Beta-caroten, anti -oxida lain yg terdapat dlm spirulina mrwt kulit dan
melindungi / stimulate Hati utk menghasilkan lebih enzim pembakar lemak dan pembuangan lemak dan sisa toxin,.ia juga melindungi hati dari tercerdera.
Manakala Guar gum bersedia membersih dan merawat toxin dlm badan dgn memperhebatkan pembuangan melalui usus.
Semasa pn melakukan senaman,.mekanisma 3 telah pn aktifkan,..byk darah ke kulit dan kelenjar peluh,..so , wasted / toxin yg hendak disingkir melalui dua saluran utama kini ,..juga di singkir pd kadar yg tinggi secara perpeluhan.
Dan ini adalah normal / tidak bahaya. Elok pn amalkan minum plain water yg mencukupi, utk mengantikan air yg hilang secara perpeluhan semasa 'workout.

SOALAN :
Masalah saya: sebelum mengambil jdm5 berat saya 55kg. Dengan ketinggian saya 5.2' saya mahu mengurangkan 5kg.. Saya mula meminum jdm5..seperti yang disarankan..setelah meminum 5 peket, saya dapati perut saya sentiasa rasa lapar..lapar yang x dapat ditahan-tahan...bila timbang berat saya dah 59kg.. alamak!!! saya terus berhenti minum jdm5.sayang sungguh..sebab beli mahal2..baru- baru ini kawan saya juga mengadu masalah yang sama. (pada awal tahun lepas saya pernah mengambil ubat pelangsing NP TRIM.)

Jawapan dr Rozmey :
kes ini adalah kes terpencil kesan negetif kepada pengamal produk berkimia seburtamine. biasanya penguna seburtamine yg tidak bernasib baik ini.
bila menguna jdm, sel-sel badan menjadi begitu resistant dan melawan pelawaan JDM utk sel dipulihkan kepada normal,kesan buruk seburtamine pada permulaan pn ambil JDM berjaya menghalang JDM dari bertindak merawat sel-sel badan,..menghalang sel-sel dari dibakar ,.menghalang sel-sel otak dari merasa tidak lapar,...pastinya pn merasa amat lapar sebaik saja mengambil JDM dan keadaan makin buruk bila pn mula makan / ambil kalori utk menahan lapar tadi,...kes ini telah dr jelaskan berulang KALI..!!!,..
Apa yg perlu dibuat
1. Sebaik saja merasa lapar , jika tidak tahan ..terus ambil JDM utk kali ke 2.
2. Terus kurangkan jumlah kalori / makan ...dan jika perlu hya ambil JDM , plain water, se biji buah ..dan JDM sampai 3x sehari..utk beberapa hari sehingga rasa lapar hilang dan mula menikmati SENSASI JDM seperti diatas,....
JIKA ANDA MAMPU BUAT apa yg dr sarankan ...100 % pasti berjaya,....KURUS DGN Jus Diet Mate 5

Bisnes Menuntut Kesabaran....

Salam bahagia...


Sekadar berkongsi cerita lagi..
agak menyedihkan la jugak sejak lepas raya ni banyak pulak problem dengan order barang ni..Bagi yang faham mmg tak ada masalah tapi ramai jugak yang tak berapa faham.


Lately mmg tak dinafikan penghantaran produk HPM agak lambat berbanding sebelum ni, mungkin sbb permintaan yang terlalu tinggi melebihi hari2 biasa kot. Bagi yang dah agak lama dalam bidang ni rasanya tak lah jadi masalah yang terlalu rumit pun kan, tapi yang bermasalah nya yang baru mula nak menaja. Baru dapat down line sorang dua, tu pun upline yang tolong buat order, bila barang lambat sampai bertalu2 pulak kita ni di'serang' dgn panggilan telefon. Sampai tak terlayan..


Tapi ini lah yang dikatakan 'bisnes mmg menuntut kesabaran..'. Nak buat macamana kan, jawab la sekadar mampu. Dah la kita tolong buat order, kita jugak yang kena call HPM nak confirm kan itu dan ini. Sepatutnya nak libatkan diri dalam dunia bisnes ni kena ready macam2 tau, apa kemungkinan yang mungkin berlaku especially biz online ni sebab apa2 berlaku kita tak blh nak rujuk mana2 stokis, semua pada HQ. So kena lah bersedia dari segi mental dan pengetahuan jangan nak harapkan upline 100% tanpa usaha langsung..


So, moralnya..BELAJARLAH.. dan kepada yang dah bergelar 'upline'..SABAR je lah... Moga terus success dalam bisnes ni. amiinn..

Oct 1, 2009

Pelan Pemasaran dan pengiraan bonus HPM


Tak faham tentang bonus??teruskan membaca..





Tak sangka ramai yang nak tau sebenarnya cara pengiraan bonus HPM ni..ramai jugak yang rasa blur bila tengok figure yang besar2 sampai berpuluh2 ribu. Kat bawah ni saya tunjukkan contoh pengiraan bonus termasuk yang paling simple bagi yang baru nak mulakan bisnes ini..


Ramai jugak yang tanya, kalau kita join ahli je ada bonus ke???jawabnya..TAK ADA kecuali anda menaja ahli baru sebagai down line anda...


BAGAIMANA ANDA PASTI BERJAYA?




- Pelan pemasaran mudah
- Tiada bayaran pendaftaran
- Keahlian seumur hidup


PENGIRAAN BONUS TAJAAN










Sebaik sahaja anda sertai kami, anda adalah Pengedar A

Jika Pengedar A menaja pengedar baru, maka downlinenya adalah Generasi 1 (anak)



Pengedar baru yang ditaja oleh Generasi 1 (anak) pula akan jadi Generasi 2 (cucu) kepada Pengedar A.



Bonus tajaan untuk Generasi 1(anak) ialah RM 30.00 sekotak

Bonus tajaan untuk Generasi 2 (cucu) ialah RM 10.00 sekotak



Untuk mengambil bonus tajaan downline, penaja (pengedar A) wajib membuat belian peribadi RM 450 pada setiap bulan.

Syarat ini wajib dipatuhi untuk mendapat bonus tajaan



Contoh Pengiraan:

Jika pengedar A menaja 30 orang pengedar (B)dan setiap seorang pengedar B pula menaja 30 orang pengedar (C) maka contoh pengiraan bonus adalah seperti berikut;

Bonus A =[30 x RM 90.00] (Bonus Generasi 1/ anak) + [30 x30 x RM 30.00] (bonus Generasi 2/ cucu)
RM 29,700 Bonus tajaan sebulan

KENAPA? MASIH TIDAK PERCAYA?



MACAM SUSAH JE KAN..TAK SUSAH LAH...

Anda mesti rasa susah kan nak dapat banyak macam tu..don't worry, kita memang mula dari bawah kan..kat bawah ni akak tunjuk camana kira bonus bagi yang baru nak mula...jangan mudah give up, jangan terlalu tamak sebab itu akan membuatkan kita mudah frust!!!cuba dan cuba dan cuba..doa jangan lupa, anda pasti berjaya..

                                ****************************************
PENGIRAAN SIMPLE (DALAM SATU BULAN)
*************************************

ANDA MENAJA 20 AHLI (RM90X20=RM1800)

SETIAP D.LINE ANDA MENAJA 5 ORANG AHLI (20 ahli X5=100 orang cucu)(RM30x100=RM3000)

BONUS ANDA BULAN INI IALAH RM1800+RM3000= BERAPA???

RM4800!!!!.. Senang bukan??? Semua orang boleh!!!

Ini contoh pengiraan bagi anda yang baru nak mula..simple kan??

Mulakan dari sekarang..hubungi 019-9864191 @ nurulbeauty.com.
anda akan dibimbing sehingga berjaya..



Penting...

Belian maintain (RM450.00) adalah wajib bagi mendapatkan bonus tajaan pada bulan tersebut..


Seorang ahli hanya dibenarkan membeli 3 kotak setiap bulan.


Sep 29, 2009

Raya, raya jugak..Kalori tu kira jugak tau...



Seronok betul kan beraya ni..macam2 ada..Nak kuih apa,kek apa, semua ada, tapi awas!!!


Di sebalik keenakan kek dan 'keindahan' biskut2 tu tersirat macam2 kandungan yang boleh memudaratkan sebenarnya.bukan tak boleh langsung nak jamah, tapi mcm org selalu kata lah, berpada2, jangan main bantai je..

Ramai jugak yang ambik teori mudah, alah raya ni kan, lupa lah dulu sekejap diet2 tu, lps mi sambung balik diet termasuk lah minum jusmate. Kalau belum mula lagi diet after raya, boleh dah kot nak start..Kalau tak tahan godaan makanan apa kata 'puasa enam' je, atau ambik kesempatan puasa ganti terus..berganda2 pahalanya tau puasa 6 hari bulan Syawal ni, sama dengan puasa sebulan..rugi tu kalau tak sempat..

Tapi saya yakin ramai dah kat luar sana yang dah tersedar dari 'enjoy raya' yang agak panjang. Pagi ni jusmate sampai 30 kotak semua habis,ramai lagi la yang kena masuk 'waiting list', esok, lusa..Ini lah yang dikatakan rezeki bagi usahawan2 jusmate, saling membantu..kami membantu sesiapa sahaja yang nak cantik, langsing, anggun..dR2 pun makin hari makin 'hot' sekarang ni.Ramai plk yang baru perasan ada jeragat dan tanda2 lain kat kulit sejak Doc Rozmey selalu keluar kat TV3 ni..Pasal dR2 kita cerita lain kali pulak ye..

Bagi yang tak berapa pasti camana nak berkira2 pilih makanan, dibawah ni saya sertakan contoh jumlah kalori dalam makanan yang kita biasa ambil setiap hari. Bagi yang berdiet dengan jusmate5, memadai lah dengan pengambilan makanan tidak lebih 1000kalori sehari sbb dalam jusmate tu semua dah lengkap, kita tetap bertenaga walau makan sedikit..Nak tau kandungan jusmate layari website utama saya ye..



Contoh kiraan kalori makanan

i: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori



Kategori: Makanan Harian
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160kalori





Kategori: Makanan Segera


1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Banyakkan minum air kosong.. ZERO KALORI


==================================

Ada lagi bawah ni...baca lah utk pengetahuan..

==================================


Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)
==============================
Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur) /
Fried rice (with egg, chicken and vegetable)

Tinggi/High (401 -600 kcal)
====================
Mi bandung
Kueh tiau bandung
Mi kari
Nasi dagang
Mi hoon bandung/Mee hoon bandung
Nasi briyani, nasi sahaja
Nasi minyak

Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)
Nasi lemak
Mi sup/Mee soup
Roti telur
Kueh tiau goreng
Roti canai
Capati
Mi hoon goreng
Mi goreng
Nasi ayam



OTHER TRADITIONAL KUIH


Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)

==============================
Mysore pak/Mysore pak
Laddu/Laddu
Papadam/Papadam

Tinggi / High (151 - 300 kcal)
=====================
Bingka ubi kayu
Vadai, kacang dal kuning
Lepat pisang/Lepat pisang
Cokodok pisang
Kuih kasturi
Kuih talam ubi kayu


Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)

Kuih sagu
Pisang goreng
Kuih kastard jagung
Popia
Puding jagung
Kuih kacang
Putu kacang
Cucur badak
Emping


TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)


Tinggi / High (151-300 kcal)
====================
Tepung bungkus
Bidaran
Kuih bom
Kuih sri muka
bingka tepung beras
Pulut panggang
Kuih koci pulut putih
Kuih kasui
Kuih koci pulut hitam



Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)

Tapai pulut
Kuih lapis
Kuih lompang
Rempeyek
Kuih bakul
Dodol
Wajik

Rendah / Low (0 - 50 kcal)
=================== 
Kuih karas
Kuih buah Melaka
Kuih buah rotan


TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)

Tinggi / High (151 - 300 kcal)

Kuih apam balik
DonaT
Kuih pau kacang merahg
Kuih pau ayaml
Kuih apam gula hangus

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
Halwa/Halwa
Cucur udang
Kuih ketayap
Curry puff
Kuih keria
Kuih lidah kucing
Kuih apam

====================
Rendah / Low(0 - 50 kcal)
====================

Karipap mini/Mini curry puff
Baulu cermai
Kuih tat nenas/Pineapple tart
Kuih bawang
Kuih kapit


Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice

 






Sep 23, 2009

Catatan Syawal...

Salam Syawal...


Lama jugak kan tak mencoret di sini. mmg bz sungguh2 la sejak sebelum raya lagi sibuk bershopping.. Alhamdulillah raya sempat jgk disambut tahun ni dalam meraikan pemergian Ramadhan yang dirindui selama setahun. Mudah2an tahun depan ada lagi umur utk menyambut Ramadhan dan Syawal yang seterusnya..


Indah nian lah orang kata sambut Syawal tahun ni. Ini lah Syawal pertama yang disambut sejak bergelar 'businesswoman' ni..Bukan kita sorang je yang rasa kepuasan berbelanja utk persiapan Syawal, anak2 juga. Semua beraya dalam senyuman walaupun ada jugak kesedihan sebenarnya.. Semua kelengkapan raya dapat disediakan sesempurna mungkin utk driku dan anak2. Semua shopping last minit dah, seminggu sebelum raya dan paling last malam raya!!


Alhamdulillah ini lah rezeki yang dapat dikecapi sejak menyertai HPM. Mencurah2 masuk berkat usaha dan doa serta paling banyak membantu, CEO sendiri Doc Rozmey Che Din. Melalui HPM ni semua mampu tersenyum, dapat la jgk lupakan sedikit duka lara kan.. Nak dapatkan info terkini produk HPM jom ke nurulbeauty.com. Tak rugi anda melabur sedikit utk pulangan sehingga puluhan ribu sebulan!!!


Pejam celik pejam celik dah hampir seminggu di kampung ni, maksudnya dah seminggu jgk la bisness offline ni terhenti.. Esok atau lusa dah banyak appointment dengan customer ni,ada yang baru ada yang repeat order.semua ni rezeki dari Allah.. Siapa2 pun blh berjaya kalau berani mencuba, kalau setakat menanti sampai bila2 pun kita tak tau kan kita mampu atau tidak..Ayuhh mulakan dari sekarang.Rezeki secupak akan jadi segantang kalau kita usaha secara berterusan..

Sep 13, 2009

USAHAWAN JUSMATE..Bila?Bagaimana nak mula?

Soalan yang paling kerap bermain dikepala kan? Bagaimana ye nak mulakan bisnes yang orang katakan mudah sgt2 ni? dan bilakah masa yang paling sesuai nak mula?
Di penghujung Ramadhan yang mulia ni saya akan teruskan juga penulisan ini sebab ini impian Ramadhan saya. Nak jemput lebih ramai tetamu berkunjung ke teratak saya nurulbeauty.com. Segala info ada di sana. Tapi bagaimana nak mulakan bisnes ni? Haa yang ni tak ada kat sana tau. Nak tau satu persatu kena teruskan membaca di sini.
Denga modal serendah RM450 anda dah layak menjadi ahli dan pengedar HPM. Mudah bukan? dari modal seciput itu lah kita mula bergerak sedikit demi sedikit, kalau ada modal lebih sikit lagi bagus...
Apa kebaikannya HPM berbanding company lain? Banyak.. Yang tadi satu kan, modal rendah.. Lagi satu yang saya nak kongsi di sini, HPM mengamalkan dasar 'fair and square'.. Sape keje lebih dia dapat untung lebih, sape malas dan nak goyang kaki je akan dapat seperti apa yang dia usaha lah kan.. Tak ada istilah orang atasan kaya, orang bawahan kena kerja keras seperti MLM yang pnah kt dgr sblm ni kan.. Renung2 kan lah.. Kalau rasa nak ubah kehidupan, nak ubah nasib keluarga, nak kukuhkan kewangan, jom kita kongsi rahsia kejayaan saya dan rakan2 dalam HPM...
Biar Ramadhan tahun ini membawakan sesuatu yang cukup bermakna buat kita semua, Insya Allah... Tinggal beberapa hari je lagi ni nak berlalu dah bulan mulia ni kan..Sedihhh..Tahun depan tak tau lagi sempat ke tdk kt ni dgn bulan mulia ni.. Mintak2 dipanjangkan umur dan terus diberi kekuatan...

Sep 3, 2009

Cara Pengambilan Jusmate..


Ini sekadar cadangan berdasarkan pengalaman Customer Kak Nurul ni..



a) Bagi berat 85 kg ke bawah ambik sepeket sehari

b) Berat 85kg ke atas ambil 2 peket sehari

  **Jika penurunan agak lambat, boleh ambik 2 peket sehari even berat bawah 85kg.

Cara-cara pengambilan

 
* Pagi ~ Sarapan pagi ambil separuh dr pemakanan biasa.


* Tghari ~ Minum Jus mate 5 dan air kosong (tak ambil lunch).


* Mlm (sebelum kul 7) ~ Makan separuh dr pemakanan biasa. 


   (sebaik2nya ambik makanan ringan je, roti ke..sup je ke..)                                     

:: Banyakkan minum air kosong dlm sehari2 – at least 1000ml sehari

:: Elakkan makanan berminyak, berlemak, yg bercafein.

:: Pastikan :-

** Kosong perut 2 jam sebelum minum jusmate 5
** kosong perut 3 jam selepas minum jusmate 5

Minum air kosong – air kosong zero kalori.

Cara Pengambilan Mate 5 semasa Puasa
 

1 peket sehari
~~~~~~~~~~~~
- Minum semasa sahur. Kalau nak makan sikit, minum mate 5 selepas ½ jam makan. Makan secara ala2 kadar ( Kalau tak makan lagi digalakkan – Cuma minum jus mate 5 je)


- Banyakkan minum air kosong


2 peket sehari

~~~~~~~~~~~~

- ambik sekali lagi sebelum tidur. Banyakkan minum air kosong.
**Air kosong zero kalori..

 
=====================

Ramadhan memang berkat…
=====================


Pg tadi ms sahur dah ada sms Tanya macam2 pasal jusmate..Ramai pulak yang dapat ilham nak kurus, nak cantik, nak mula bisnes dalam bulan posa ni. Mmg seronok pagi2 lagi dah ada orang Tanya pasal bisnes ni, mana nak mula, nak guide, nak bantuan, tapi mmg berbaloi…confirm jadi join member..Alhamdulillah.Mmg hari ni bermula dengan penuh keberkatan..

Balik pada cerita sahur dengan jusmate..Mmg ni lah cara paling bagus bg sesiapa yang nak kesan penurunan berat yang maksima. Masa sahur ambik jusmate je tanpa makanan lain sebab semua tenaga dan zat yang diperlukan dah mencukupi dalam satu sachet jusmate tu. Bagi yang tak tahan godaan makanan masa sahur, boleh la jamah sikit kemudian selepas setengah jam baru ambik jusmate. Apa kandungan jusmate? Jemput ke http://www.nurulbeauty.com/.