Secangkir Madah...

Salam anggun semua..

Selamat berkunjung ke blog personal saya ni..blog ini sekadar pelengkap kepada website nurulbeauty.com. Blog ini hanya sekadar memaparkan idea dan pengalaman sepanjang bergelar pengedar dan menjadi pengguna setia produk herbaprima marketing. Untuk info tentang produk jemput ke nurulbeauty.com.

Saya amat mengalu2kan ahli2 baru yang ingin memulakan bisne online ni. Nurulbeauty menawarkan website percuma bagi anda yang berminat aktif secara online. Fikir2 kan, hanya kita sendiri yang mampu mengubah hidup kita... 019-9864191

Oct 8, 2009

Cara Diet yang berkesan...

Salam malam Jumaat.. Mudah2an idea yang tercurah malam ini akan membawa berkat..


Cerita diet memang tak pernah habis sampai bila2 pun kan. Lain orang lain lah caranya, lain badan lain pulak cara penurunan berat badannya..


Tak kira lah berapa sekali pun berat anda, jangan sesekali amalkan diet yo yo atau dengan kata lainnya diet yang terlalu 'mengejut', obsessed sangat la kan nak kurus konon sampai tak sentuh makanan langsung, just bergantung pada air kosong dan sup sayur je. Mmg tu diet yang baik tapi berapa lama anda mampu mendisiplin kan diri dengan cara itu unless anda mmg seorang yang betul2 kuat iman!!


Saya bercakap berdasarkan apa yang saya dengar dari rakan sekeliling je, tak termasuk lagi orang lain diluar sana pun. Ramai yang diet 'gila2' lah sepanjang puasa hari tu. Ada yang sentuh nasi seminggu sekali je, masa lain tenaganya dari jusmate je, mmg lah cukup tenaga sbb semua maklum jusmate mmg membekalkan tenaga. Maka 'berseronoklah' tatkala dengar takbir Syawal tu sbb boleh pakai baju cantik sikit dari sebelumnya. Mana tak nya kalau dah ambik nasi 5 kali je dalam sebulan tu mmg la boleh turun sampai 10kg, tapi apa cerita pulak masa raya tu???


Jeng jeng jeng...dengan satu slogan yang dah biasa sangat kita dengar, 'raya sakan' lah sebab rasa body dah lawa kan, pengambilan jusmate stop dulu seminggu takut rugi sebab banyak sangat open house!!!Dengan harapan naik la kot sekilo lepas raya ni...


Ermmm.. seminggu lepas raya baru nak mula balik minum jusmate, timbang dulu lah baru best kan!! mak datuk..dulu dah turun dkt 10kg lepas raya je yang diharap naik 1kg je rupanya naik sampai 6kg!!! mana tidaknya, jangan sesekali salahkan jusmate sebab cara anda diet tu mmg tak betul!!!


Cara diet paling baik..
~~~~~~~~~~~~~~~~

jangan sesekali tinggalkan makanan tetapi ambil secara sederhana dan berpada2. Jangan tinggalkan makanan asas seperti nasi sampai sebulan kalau anda mmg 'peminat'nya sebab ini akan menyebabkan anda seperti kempunan bila sesekali anda mengambilnya. Ambil makanan berat selang sehari atau 3hari sekali bagi mencukupkan keperluan nutrien dalam badan kita. Makanan berat tu tak semestinya nasi je tau, boleh tukar dengan mihun sup atau soto.

Ini pengalaman sahabat saya yang juga customer saya sendiri yang sebelum mengenali jusmate mmg 'anti' produk penurunan berat badan sebab katanya semua menipu dan memberi kean sampingan (beliau pernah pengsan akibat pil diet). Alhamdulillah kini beliau dah mampu tersenyum, walaupun proses penurunannya amat perlahan pada awal penggunaannya (hanya setengah kg sebulan!!), tetapi setelah mengambil jusmate secara berterusan selama 9bulan beliau dah berjaya mengurangkan 25kg!!  (sedihnya, dia malu nak jadi testimoni!!)


      =====================

         Bakar kalori = kurangkan berat badan
      =====================

  • kalau drive ke pejabat tu, park kereta jauh2, jangan cari yang tepi pintu ofis jer..
  •  Pilih 'anak tangga' berbanding 'lift' atau 'escalator'.
  • Hujung minggu ambil masa at least satu jam berkebun atau bersiar2 di taman. Nampak macam enjoy je kan tapi mampu membakar kalori tuu..
  • Buat kerja seharian dirumah seperti mengemas dan mencuci juga mampu membakar kalori.. (sian pulak kan, nanti maid kita nak buat apa!!) Tak apa biar maid buat keje rumah, kita gi 'window shopping' je,.bakar lagi banyak kalori tu..
  • Yang last ni, mmg khas untuk kaum hawa macam saya lah..jaga baby!! memang la letih tapi banyak kalori 'hangus' tu..so, redha je lah..kalau kita tak jaga, maid kita pun takleh buat keje jgk sebab tu kena redha!!

Selamat mencuba..semoga anda mampu mendapat berat idaman anda tanpa sebarang tekanan pun.. 

Selamat menghabiskan surah 'al kahfi'  yang mempunyai berbagai fadhilat pada malam jumaat yang penuh berkat ini. Kalau tak cukup masa pun pasang lah mp3 ke at least blh dengar..