Secangkir Madah...

Salam anggun semua..

Selamat berkunjung ke blog personal saya ni..blog ini sekadar pelengkap kepada website nurulbeauty.com. Blog ini hanya sekadar memaparkan idea dan pengalaman sepanjang bergelar pengedar dan menjadi pengguna setia produk herbaprima marketing. Untuk info tentang produk jemput ke nurulbeauty.com.

Saya amat mengalu2kan ahli2 baru yang ingin memulakan bisne online ni. Nurulbeauty menawarkan website percuma bagi anda yang berminat aktif secara online. Fikir2 kan, hanya kita sendiri yang mampu mengubah hidup kita... 019-9864191

Oct 5, 2009

Kisah terkini dari HPM

Di ruangan ini saya paparkan beberapa kisah terbaru dari HPM untuk tatapan dan panduan pengunjung2 disini.. Berminat mengetahui kisah sebenar mereka, anda blh hubungi mereka untuk berkongsi pengalaman. Berminat membeli, hubungi saya ye,019-9864191..jgn lupa tu...


================================

Jerawat Batu Hilang Dengan DR2
================================


JITRA, 25 Sept (HPM) - Setelah berhabis beribu-ribu ringgit untuk rawatan jerawat batu , seorang pegawai perhubungan pelanggan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur akhirnya menemui penawar bagi membantu mengatasi masalah itu.
Wan Mohd Norzabidi Wan Mohamed Noor, 28, berkata masalah jerawat batu yang dihadapinya sejak zaman remaja membuatkan beliau mengguna pelbagai cara dan ubat untuk menghilangkan jerawat batu tersebut.
Katanya setiap dua minggu beliau akan pergi membuat rawatan muka namun hasilnya sangat mengecewakan.

"Mereka hanya pecahkan jerawat batu dan ia akan hilang dua atau tiga hari saja, selepas itu jerawat itu akan timbul semula memenuhi muka saya.
"Saya jadi putus asa mengikuti rawatan seperti itu, jika berjumpa pakar kulit pula bermacam-macam ubat yang disyorkan saya akan beli tapi hasilnya tetap sama," katanya.
Selepas kecewa dan berhabis duit, beliau mencuba pula DR II pada Julai lalu, sangkanya DR II juga hanya akan memberi kesan seperti rawatan dan produk yang digunakan sebelum itu.

Namun sangkaan itu meleset, katanya selepas dua minggu menggunakan DR II, jerawat batu di mukanya semakin hilang.
"Pada minggu ke empat jerawat batu di muka saya terus hilang,jadi saya mengambil keputusan berhenti menggunakan DR II untuk menguji samada jerawat akan timbul semula atau sebaliknya.

"Ternyata ia sangat berkesan untuk jangka masa panjang, kulit muka saya juga bertambah cerah dan halus.buah hati saya juga perasan dengan perubahan itu," kata beliau.
Bagi yang ingin berkongsi pengalaman dengan Wan Mohd Norzabidi, beliau boleh dihubungi di nombor 013-9784811





===================================

11 Tahun Mencari Penawar Psiriosis
===================================



JITRA, 15 Sept (HPM) - Seorang guru terpaksa berhabis berpuluh-puluh ribu ringgit selepas disahkan menghidap psoriasis sejak 11 tahun lalu.
Sarina Ahmad, 37, yang mengajar di sebuah sekolah di sini berkata penyakit itu mula terjadi di kulit kepalanya pada 1998.

"Saya ingatkan kelemumur sebab kulit kepala saya gatal-gatal sangat,rambut pula gugur dengan banyak dan apabila berjumpa doctor, rupa-rupanya saya mengidap psoriasis.
"Bermula dari tahun itulah saya pergi mendapatkan rawatan di setiap klinik, hospital dan berjumpa doktor pakar.ubat yang dicadangkan dan diberikan semua saya cuba guna.Ada setengah tu langsung tak sesuai hingga menyebabkan kulit saya jadi kemerah-merahan.
Katanya apabila tidak sesuai maka beliau akan menghentikan penggunaan produk itu walaupun dibeli dengan harga ratusan ringgit.
Bercerita lanjut, bagi ubat yang sesuai pula, ia hanya boleh menghilangkan rasa gatal dan mengurangkan sakit di bahagian itu saja. Tidak lama kemudian ia akan merebak ke bahagian badan yang lain pula.

Namun berkat kesabarannya, pada April lalu seorang rakanya yang juga pengedar produk HPM dan guru di sekolah itu, Sabariah Yusoff memperkenalkan DR II kepada beliau.
"Saya pun beli sekotak sebagai percubaan, mula-mula minum kulit muka saya mengelupas.saya takut juga hingga berjumpa Dr. Rozmey namun beliau nasihatkan saya terus guna DRII.

"Saya pun terus minum sehingga sekarang, hasilnya kulit saya semakin baik dan tidak gatal lagi terutamnya di bahagian tangan saya.Semuanya pulih seperti sedia kala Cuma tinggal parut saja lagi," tambah Sarina.
Menurutnya beliau akan terus menggunakan DR II kerana kulit wajahnya juga semakin cerah dan lembab sehingga rakan-rakannya di sekolah mula menegur perubahan itu.
Bagi mereka yang ingin berkongsi pengalaman dengan Sarina, beliau boleh dihubungi di nombor 013-4570997.






==================================

TESTIMONI: PENOREH GETAH DITAJA JDM5
=========================================

KUALA LUMPUR, 2 September (HPM) - Kegigihan seorang penoreh getah untuk menurunkan berat badannya sekali lagi mendapat perhatian Pengarah Urusan Herba Prima Markerting Sdn.Bhd (HPM) Dr Che Rozmey Che Din untuk menaja Jus Mate 5.

Anuar Yusuf , 26, dari Melaka semasa sesi bertukar -tukar pengalaman dengan pengedar dan pengguna produk HPM di seminar pada hari Sabtu lalu di International Kuala Lumpur Hotel berkata berat badannya mula naik mendadak selepas berkahwin sehingga mencecah 160 kilogram (kg).

"Lepas kahwin ja orang mula tegur berat badan saya naik terlampau.bila orang tegur saya pun ikut la kawan jogging kat Bukit Jalil setiap petang tapi apabila timbang berat badan tak turun-turun juga.

"Saya hampir putus asa bila berat badan tak turun, sampai lah saya terbaca di akhbar mengenai adik giant dan Suzana yang berjaya menurunkan berat badan selepas mengambi l JDM5," katanya

. Anuar yang terbaca kisah itu di akhbar Harian Metro terus menggunakan JDM5 dan selepas dua mingggu minum jus tersebut dia mula rasa perbezaannya. "Tali pinggang saya dah kurang lima lubang dari dua lubang sebelum tu, yang paling mengejutkan saya bila saya sembahyang saya boleh duduk semasa tahyat..selalunya saya akan rasa sakit kerana punggung saya tak boleh kena tumit, tapi sekarang dah boleh.

"Mula-mula saya boleh buat macam tu, tak khusyuk juga la sembahyang namun saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana mengizinkan saya duduk tayhat akhir dengan sempurna," tambah Anuar lagi. Perubahan itu membuatkan Anuar bertambah yakin untuk menurunkan berat badannya kepada 70 kg dalam beberapa minggu lagi.

Dr Che Rozmey yang 'terpikat' dengan semangat ditonjolkan Anuar di seminar itu terus mengumumkan bersedia menaja JDM5 kepadanya sehingga dia berjaya menurunkan berat badan ke tahap ideal. Bagi yang ingin berkongsi kesungguhan Anuar ini, dia boleh dihubungi di nombor 017-2592831.


========================================
TESTIMONI: PESAKIT SLE TIDAK LAGI BERGANTUNG DENGAN STEROID SELEPAS GUNA DR II
========================================
JITRA, 8 Sept (HPM) - Dikenali sebagai 'puteri lilin' kerana tidak pernah keluar rumah di waktu siang, Rozana Sariah Abdul Rahman, 28, terpaksa menanggung penderitaan di sebalik nama puteri lilin itu dengan penuh kecekalan di hati.
Menghidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ), bayangkan kulitnya akan sakit dan kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari, seperti terbakar  dan amat pedih. Sudah tentu tidak akan ada sesiapa pun yang mahu mengalami penyakit itu.
Namun bagi Rozana seorang kakitangan awam, dengan kehidupan yang begitu terbatas, dia pula terpaksa menerima ejekan rakan-rakan sekerja dengan  keadaan dirinya yang selalu sakit.
"Saya selalu cuti dan masuk wad kerana sakit.hampir tiap-tiap bulan saya akan masuk wad kerana penyakit ini.Saya betul-betul tertekan.
"Saya pula terpaksa ambil steroid untuk redakan sakit kulit saya, akibatnya kulit saya jadi nipis dan putih bertompok-tompok.memang nampak hodoh sehingga saya hilang keyakinan diri berdepan dengan orang ramai," katanya yang menghidap penyakit ini sejak lima tahun lalu.
Penyakit SLE itu juga menyebabkan dia mengalami radang sendi. Setiap pagi apabila sejuk sendinya akan sakit sehingga menyebabkan dia tidak mampu bergerak.
"Selalunya bila bangun pagi sendi saya akan sakit terutamanya di bahagian kaki.paling sakit apabila hujan turun, masa itu saya akan sejuk dan kaki saya mesti tak boleh gerak.
"Dah puas saya berubat, jumpa doktor pakar, guna pelbagai produk di pasaran termasuklah perubatan tradisional..hasilnya saya cuma mampu bertahan dengan ubat itu tapi ia tidak merawat penyakit saya untuk pulih," kata Rozana dengan hampa selepas berhabis ribuan ringgit kerana penyakitnya itu.
Namun setelah menggunakan DR II Januari lalu dia mula merasakan perbezaan selepas dua minggu minum jus berkenaan.
Katanya dia mula boleh keluar rumah pada waktu siang dan tidak perlu bergantung kepada steroid lagi.Kulitnya juga semakin sekata dan dan rakan-rakan sekerjanya mula hairan dengan perubahan itu.
"Terima kasih Dr.Rozmey kerana mencipta DR II dan seterusnya memberi sinar baru kepada saya untuk menjalani hidup normal seperti orang lain.
"Saya mahu berkongsi pengalaman ini dengan sesiapa sahaja dan bagi mereka yang mengalami penyakit ini, mereka mesti tahu bahawa masih ada peluang untuk mereka pulih seperti saya.Jadi hubungilah saya di nombor 019-5790981 untuk keterangan lanjut," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan HPM Dr. Che Rozmey Che Din berkata penggunaan DR II telah menyebabkan penyakit SLE yang dialami Rozana terkawal.
"DR II telah memberi kesan positif kepadanya.Sistem badan , kulit, buah pinggang dan system pembiakan ternyata terkawal hasil  pemeriksaan berskala dan rawatan moden tanpa dia merasa kesan sampingan steroid. Ini menunjukkan bahan-bahan antioksida dalam DR II berfungsi secara aktif di organ kulit dan salur darah  sehingga meningkatkan daya tahan dari berlakunya keradangan," kata beliau.

#INFO
Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )

Apa itu Lupus
Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

==============================================
Testimoni: JURUTEKNIK BERTENAGA SEMULA DENGAN DR BETES
==============================================


HPM, 10 Ogos -- “Dalam masa seminggu saja saya ambil dR Betes , saya rasa lebih
bertenaga dan bersemangat serta tidak lesu lagi melakukan kerja saya..bacaan gula dalam darah
saya juga turun dari 22.9 mmol/L kepada 14.4 mmol/L.

Saya nak kongsi pengalaman menakjubkan ini bersama pembaca yang menghidap
penyakit yang sama seperti saya supaya tidak ragu-ragu mencuba dR Betes,”
itulah luahan perasaan gembira seorang juruteknik pembuatan di Composites Technology
Research Malaysia Sdn.Bhd (CTRM) di Batu Berendam, Melaka apabila dihubungi
wartawan Herba Prima Marketing Sdn.Bhd di sini hari ini.

Zainal Mamat, 38, merupakan seorang penghidap diabetes sejak enam tahun lalu
dan sering dimasukkan wad kerana penyakitnya itu.
Menurut beliau pelbagai ubat diambil untuk mengubati penyakitnya namun
semuanya sia-sia malah sebahagian ubat yang diambilnya menyebabkan beliau mengalami cirit-birit.

“Sebagai seorang penghidap diabetes , saya sedar saya berhadapan dengan bahaya setiap hari terutamanya apabila kandungan gula dalam darah menjadi terlalu tinggi, saya bakal berhadapan dengan masalah jantung yang serius.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut terdedah kepada komplikasi lain seperti serangan angin ahmar, kegagalan buah pinggang, kerosakan mata dan saraf serta luka yang boleh mengakibatkan amputasi.
Namun penderitaan selama enam tahun itu tiba-tiba dirasakan berakhir setelah seminggu mengambil produk terbaru HPM iaitu dR Betes.

Katanya tugasnya yang memerlukan tumpuan kini dapat dilakukan dengan sempurna dan paling menggembirakannya beliau tidak mengalami alahan cirit-birit dengan dR Betes.

“Bagi pembaca yang ingin berkongsi pengalaman atau mendapat keterangan lanjut, mereka boleh menghubungi saya di nombor 017-6863701, 010-2715601 atau 019-6611601,” kata beliau.